Monday, May 12, 2014

Bunga, Ia Sudah Pergi

Assalamualaikum,
Dikala ini aku menulis. Terbangun dari tidur dek kerana laungan solat itu cukup membuat aku mengalirkan air mata. Tuhan sedang menguji aku lagi. Tuhan sedang memanggil aku lagi. Hadirnya nanti Ramadhan,aku akan keseorangan lagi. Mungkin ini panggilan seperti dulu. Walaupun mungkin dia tidak percaya,tapi air mata yang mengalir semalam jauh lebih duka dari yang dulu.

Tiada apa lagi yang terasa di hati ini. Cuma secebis rasa yang aku simpan hanya untuk dia. Ya, mungkin dia rasa aku tidak menyayangi dia seperti Sufi kerana memang aku tidak pandai menzahirkan. Tapi hanya aku yang rasa betapa sayangnya aku kepada dia. Biarlah jika dia tidak dapat rasa semua itu. Biarlah dia pergi tanpa rasa kasih sayang yang aku cuba berikan selama ini. Mungkin ada yang lebih baik untuk dia dan aku akan terus berdoa agar dia mendapat yang terbaik.

Aku bukan sempurna. Tinggi suara aku semalam memarahi. Aku minta maaf untuk itu. Mungkin betul kata dia, …"kalau sebelum kahwin dah macam ni,dah kahwin nanti macam mana la"…

Aku bukan berpura. Apa yang aku cuba untuk berikan dan curahkan bukan lakonan semata. Dia tidak tahu mungkin aku sangat menyayangi dia. Tapi semalam aku sedar yang Dia lebih sayang aku dan dia.

Aku akan pergi. Pergi aku supaya dia akan merasa masa. Pergi aku supaya dia akan  gembira. Dia berhak untuk yang lebih baik. Dia berhak untuk yang terbaik. Dan aku,bukan keduanya. Dia akan baca apa yang aku tulis. Cuma bila, Tuhan yang akan tentukan. Jika sudah terlewat, dia perlu tahu aku sangat sayangkan dia. Maaf tidak pandai tunjuk rasa sayang itu.


Bunga itu akan aku simpan,
Bunga itu akan kekal mekar,
Bunga itu akan lebih bersinar tanpa aku,
Bunga itu biar aku pendam,
Bunga itu takkan pernah tahu hati aku,
Bunga itu, bunga aku.

-goodluck untuk interview. semoga kamu jumpa masa dan cinta sebenar kamu.semoga jumpa lagi-



Tuesday, February 11, 2014

Aku Sayang Dia

Tidak mendengar khabar,
Bukan tanda aku tidak sayang,
Tidak bertanya tentang,
Bukan tanda aku tidak sayang,
Tidak mahu engkau kecewa,
Jadi aku biarkan saja,
Jika aku ada,aku selalu menyakiti,
Jadi biar aku diam,
Jadi biar aku kata,
Aku Sayang Dia

-MELOY-

Tuesday, October 29, 2013

Ya Allah, In One Year, Make It Happens

Assalamualaikum,

Lamanya tidak menulis atau lebih tepat menaip. Lama betul tinggalkan blog ni. Tiada apa mahu diluahkan kecuali rasa syukur diatas nikmat yang diberi Nya. 

Akhirnya Bunga convo juga. Hari tu aku jadi photographer dia. Sempat la juga bergambar dengan Bunga. 

Lambat sangat nak upload pic nye. Besar sangat sebab snap guna dslr. Hukhuk. 

Kali ini tiada apa yang aku mohon selain Kau kekal kan hubungan ini Ya Rabb. Jauhi kami dari kejahatan Ya Rabb. Ya Rabb, aku mohon dalam setahun ini berikan aku kesempatan untuk melafazkan kata kata cinta sebenar kepada dia. Setahun Ya Allah, please Make It Happens.



Bicara aku tiada hidup tanpa Mu,
Bicara aku tiada indah tanpa dia,
Cinta aku tiada kekal tanpa Mu,
Cinta aku tiada sempurna tanpa dia,
Sekali Bumi berputar,
Kau mudahkan segalanya,
Biar aku dapat lafazkan,
Cinta Sebenar Untuk Dia. 
Amin Ya Allah



pssst, kita sama-sama sedia ke arah itu tau Bunga. Biar tiada lagi perpisahan kali ini. Biar ia kekal hingga ke Jannah. Amin

Wednesday, June 5, 2013

Dimana Charm Aku?

Assalamualaikum,


Apa itu CHARM?
Charm itu sesuatu yang menjadi tarikan kepada sesuatu.
Charm itu adalah karisma.
Jadi di mana CHARM aku?

Ada orang kata Charm biasanya ada pada rupa paras.
Ada jugak orang kata Charm ada pada sikap.
Ada jugak orang kata Charm ada pada ke'macho'an seseorang.
Tapi di mana CHARM aku?




Bunga kata "You dont have a charm on your look"
Bunga kata dia suka bau aku
Jadi adakah CHARM aku bagi Bunga adalah bau?
Jadi di mana CHARM aku?


Bagi aku mudah kalau nak tau mana CHARM aku.
Jawapan nya ada pada siapa yang melihat.
Mungkin bagi Bunga aku ni tak hensem mana,
Tapi bagi Bunga bau aku ni menusuk kalbu dia.

Mungkin bagi orang lain CHARM aku 
Adalah ayat ayat yang aku susun
Tapi yang aku pasti tak pernah pun orang cakap
Muka aku ni ada CHARM

Takpelah kalau takde muka
Takpelah kalau takde harta
Yang aku tahu aku ada jiwa
Jiwa yang bukan semua orang boleh gapai

Sekarang hanya Bunga yang berjaya gapai
Bunga yang berjaya sentuh
Dan aku harap ia akan kekal disitu
Tidak terusik lagi
Oleh sesiapa pun
Jadi JIWA adalah CHARM aku

Wednesday, May 22, 2013

Aku MKAWH

Assalamualaikum, 

Lama rasanya tak main tulis tulis macam ni. Tiba tiba rasa nak menaip pulak. Jadi mari aku mulakan semula.
Nama aku Muhd Khairul Akmal. Aku rasa sekarang cerita kat sini akan tentang orang lain pula. Bukan SUfiana atau SUraya tapi ROS MARISSA. 

Biasalah. Loser macam aku memang selalu kena tinggal. Tapi takpe, aku belajar dari apa yang terjadi. Belajar untuk lebih memahami. Belajar untuk jangan berlebih lebih dalam bercinta. Aku nak panggil dia Bunga. HAHAHAHA, lantak lah nak panggil Bunga kan. Dah memang Bunga. 

Bunga. Mula mula memang ambil masa untuk aku pupuk rasa sayang dekat dia. Tapi lama lama aku mulai faham. Itulah rasa bila kita disayangi. Rasa aman sangat. Rasa ada orang betul2 ambil berat tentang kita. Maaf Bunga pada mula saya susah nak sayang kat awak. Tapi sekarang saya berhrap saya dapat jadi lelaki terbaik untuk awak. Bukan terbaik di mata orang lain tetapi terbaik di mata awak sahaja sudah cukup.


Bunga, perempuan pertama yang semangat wat kad untuk aku. Main watercolor untuk aku. HEHE. Tak pernah ada perempuan macam tu kat aku. Bunga je sorang. HAHA. Sedar tak sedar dah dekat 8 bulan aku kenal Bunga. Cantik orang nya. Suka telefon aku. Mesti sebab aku ada suara yang agak kacak. HAHAHA. Tapi aku agak sedih sebab nanti dia akan tamat pengajian di UKM dan pulang ke kampung halaman. Jauh kot kampungnya. huhu.... Aku ni kereta takde, nak g selalu memang tak lepas la. Dalam kesedihan, aku terfikir.........


Bunga, mekarkah engkau untuk aku bila berjauhan?
Bunga, hidupkah engkau untuk aku bila tiada depan mata?
Bunga, setiakah engkau mengharumi aku setelah engkau pulang?
Bunga, sanggupkah engkau menunggu aku?
Bunga, adakah engkau juga akan pergi seperti mereka?


Bunga, memang aku tidak meletak kan seratus peratus cinta aku pada kau kerana ada yang lebih patut aku cinta dari kau. Cuma aku berharap kali ini biarlah kekal. Aku sudah belajar untuk lebih tenang, lebih senyum, lebih mengawal perasaan. Aku harap tidak akan berulang lagi perkara yang sama. Aku harap dan berdoa semoga suatu hari, Bunga ini akan aku simpan didalam kocek ku setiap detik dan ruang waktu. Aku MKAWH dan ini cerita aku dan Bunga ^^

Tuesday, January 22, 2013

Alhamdulillah Segalanya Baik Baik Belaka ^^

Assalamualaikum,


Dah lama rasanya tak menaip. Tangan pun slow je. Haha. Padahal baru lepas ambil upah buat thesis. Haha. Alhamdulillah puji pujian untuk Tuhan. Keadaan bertambah baik sekarang. Yang pasti, aku mampu lagi tersenyum. Rasanya sudah 4 bulan Suraya tinggalkan aku. Tapi keadaan dah berubah. Aku mampu harungi sebab ada seorang insan yang mendengar semua cerita aku. Tak jemu bertanya khabar tentang aku. Tak jemu menelefon aku setiap hari. Terima kasih Bunga. Hehe.


Bulan ni aku kerja keras. Alhamdulillah. Tuhan balas kerja keras dengan rezeki yang Dia beri. Senang sedikit. Klau dapat teruskan macam bulan ni, in sha Allah aku akan dapat kumpul duit untuk event besar. ^^. Amin. Harap harap. Penat sangat dan sibuk sangat bulan ni. Dengan tuisyen nye, ngan lab work nye. Best best. Takde benda nak fikir sangat. Apa orang dah buat kat aku pun aku tak kisah lagi sebab aku senyum sekarang. Sekurang kurangnya aku tahu muka sebenar disebalik wajah seseorang tu. Dan bulan ni dapat la beli satu tab and handphone baru. token untuk usaha keras aku yang sebelum ni asyik tertangguh je nak beli sebab ada orang yang lebih memerlukan duit. Alhamdulillah ^^


Minggu ni akan ke Cameron Highland. Harap2 akan jadi cuti terbaik untuk bulan ni. Raya cina nak gi air terjun kat semenyih ngan dak2 MSU. Haha. Mac lak pulau perhentian ngan membe aku nye membe. Haha. Harap2 aku akan enjoy. Last g pulau masa g pulau langkawi aritu. Bez. Tapi kali ni aku takkan bawak awek. Haha. Leh usha2 awek kat sane. Gurau je ek Bunga. Hehe



Lepas ni aku harap hidup akan lebih sibuk. Sibuk untuk kebaikan. Rasanya berbaloi. Alhamdulillah. Amin

Monday, January 7, 2013

i wish i have insta~

Assalamualaikum,

Aku rasa macam bodoh je. haha. aku dok bosan2 n aku main stalk2 jadi terjumpa link ni http://www.iphoneogram.com/u/199261417 ........ aku rasa bodoh gile. kalau lah aku ada insta, aku akan tahu lagi awal yang dia dah ada orang lain.haha. how stupid i could be when im in love.


Sekarang aku ada orang yang hargai aku, yang tak putus asa kat aku. aku nampak pengorbanan dia untuk aku. jadi terima kasih kerana pergi sebab aku jumpa yang lebih baik. terima kasih ^^


Aku cuma tinggal nak bagi barang2 adik2 ko yang aku janji,lepas dari tu, takde sebab lagi untuk berhubung.... kalau nak rasa apa aku rasa masa ko tinggal kan aku, silalah rasa nanti. semoga Tuhan melindungi kau selalu. ^^